Thursday 27 October 2011

SEJARAH PEMBANGUNAN

SMKS 24 telah mula beroperasi sebagai sekolah menengah di Seksyen 24 mulai Disember 1993. Dengan 41 orang tenaga pengajar, seramai kira-kira 800 pelajar ditempatkan di sekolah ini pada awal pembukaannya. Kos pembiayaan adalah di bawah Bank Dunia melibatkan RM4 juta.

Pada awal pembukaan, sekolah ini menempatkan 500pelajar Peralihan dan Tingkatan 1. Manakala pelajar Tingkatan 2 didatangkan daripada kalangan pelajar sekolah jiran yang tinggal berhampiran kawasan sekolah ini. Selain itu, SMKS24 juga menempatkan pelajar-pelajar tiga buah sekolah berdekatan iaitu SMKS19, SMKSri Muda dan SMK Alam Megah sementara menanti bangunan sekolah mereka disiapkan.

SMKS24 dibahagikan kepada 4 blok iaitu Blok Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia. Sekolah turut dilengkapi dengan 32 buah bilik darjah, sebuah Dewan Besar, Rumah Hijau, Bengkel ERT, Benkel Kerja Kayu, Bilik Seni, Makmal Sains, Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Pusat Sumber, Bilik Gerakan, Bilik Kaunseling, Bilik Lukisan Kejuruteraan, Bilik SPBT, Bilik Rawatan, Koperasi Sekolah, Bilik Disiplin dan Kedai Buku.

SMKS24 juga telah melahirkan lulusan pertama PMR pada tahun 1995 dengan pencapaian cemerlang 98%. Seramai 268 calon telah menduduki peperiksaan sulung pada tahun tersebut. Lulusan pertama SPM pula telah dilahirkan pada tahun 1996 melalui 76 orang calon yang mencapai kelulusan 64.98%.

Bilangan pelajar sekolah ini mencapai 1500 orang pada tahun 2004. Namun dengan pembinaan sekolah jiran berhampiran, bilangan guru dan pelajar dibahagi. Sebahagian guru dan pelajar SMKS24 ditempatkan di SMKS24(2). Kini, bilangan pelajar adalah kira-kira 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 62 orang.


SMKS24 menjadi sekolah satu sesi mulai tahun 2005 sehingga kini.